Monday

Tak susah pun nak buat baik

Assalamualaikum...

Tadi tengah baring-baring dalam bilik, peluk 'bantal busuk', melayan perut yang meragam, tibe-tibe terase kepalaku diusap "Dhira, kejap lagi ibu ngan ayah nak pergi TF Value yg baru bukak tu, nak ikut tak?''. 

"Ha?'' Buat suare manje, mintak ayah ulang balik ayat tu. Konon-konon tak nak bangun la. 

"Cepat siap, nanti kalau ibu dah siap, macam biase, ibu tak nak tunggu orang," Kali ni ayah aku guna kan ayat tu untuk umpan aku. Tu salah satu ayat ayah aku kalau nak suruh kami adik beradik cepat siap. Sebab ape? Macam biase, ibu-ibu kalau sudah mula bersuara, alamatnya sampai ke sudah tak nak berhenti. So, jangan trigger lah kan. Aku pun cepat-cepat bersiap. Gosok selendang, tepek bedak kapur murah and sudah siap. Oh, handbag jangan lupe, tak nak orang salah anggap aku salesgirl lagi. Kuang kuang kuang.

Dalam kereta, aku rasekan kaki ku macam something wrong. Kenape kaki aku ni? Puas aku membetulkan kasut aku dalam gelap tu. Aku gerak-gerakkan jari-jari kakiku. Ah, mungkin kakiku tak selesa dengan skin socks ni kot. After 30 minit, sampai ke destinasi, aku pun semangat turun dari kereta. Dengan cermatnya beg tangan aku sangkutkan di bahu kiriku. Apabila kaki kananku mule menyentuh jalan tar, la.............

"Kasut angah terbalik lah bu..haha.."..

"Kenape boleh terbalik? Boto tak boto ni?'' (Ibu aku kadang-kadang cakap nogori)

Aku hanya mampu tergelak. Masakan boleh terbalik? Pelik. Sangat pelik.

*********

Jalan-jalan mahu ke pintu utama, tibe-tibe..

"Izza, Izza.."..

Serentak aku dan adik aku menoleh..

"Eh, kawan adik la. Hai!" Adik aku melambai je kawan die dari jauh. Aku? Membazir tenage menoleh. Banyak tenage yang nak digunakan untuk berjalan-jalan sambil cuci mate sambil capai barang yang perlu dibeli sambil tengok adik aku yang kecik tu tolak troli sorang-sorang. Memang banyak tau. Ok, aku mengarut. Tu lah yang rumitnya bile ade tiga name yang hampir sama dalam satu rumah. Izza Najiha, Izza Nadhira dan Izza Nabila. Tak pe lah, aku tetap bangge dan sayang dengan name aku.

Mule-mule aku slowdown dulu. Aku bagi chance kat ibu aku nak beli barang-barang dapur. Aku hanya mampu menjadi pemerhati. Oh ya, proses pembelajaran tetap ade ye. Macam mane? Ok, minda perlu sentiase bergerak untuk pastikan ia tak beku. Cuti empat bulan bukan sahaja mampu membuatkan otak anda beku ye, malah lemak-lemak di pipi kian gembira melantun-lantun apabila dipicit-picit bersama jerawat yang sangat subur. Apa aku nak cakap sebenarnya ni? Oh tak ade ape pun, cume ringan-ringan kan mate melihat ikan-ikan yang kesejukan bersama ais. Kenal jenis ikan. Sayur-sayur pun same, yang bergelimpangan meminta-minta untuk dibalut dengan plastik tu, kenalilah mereka yang mana sesuai utk dibeli. I mean, ibu aku ajar, nak beli sayur, pilih yang ade love bite serangga/ulat, tu tandanya sayur tu tak ade racun serangge. Kalau ada pun, tak banyak kot. Am I right mom? 

Then slow-slow aku tolong tengok tolak troli yang dah mula dipenuhi barang-barang dapur tu ke bahagian yang paling aku suke. Asalnya nak ambil ubat gigi je, then aku capai liguid shower gel dan berus gigi. Yang penting tak nak warne pink. Oh, sungguh pantas tanganku bekerja. Bagus. Bagus. Nak mintak segan. Oh, sangat gelimat, korang tertipu. Beli pen, barang-barang perempuan, berus gigi yang biasanya aku akan pakai sebulan je, ais krim rainbow sampai aku 'gaduh' dengan adik aku sebab die nak perisa vanila. 

Jam dah nak pukul 10 malam. Aku tengok pekerja kembali rancak bekerja. Yela, dah semangat nak balik kan. Ade cashier yang dah start kire duit, pekerja yang penuhkan stock kat department die, susun dan letak balik barang kat tempat yang betul. Aku penah ade kat tempat diorang, masakan aku tak tau kerja tu. Tapi aku hanya mampu memandang, yang merase diorang. 

Aku perhati je cashier kat lane yang aku ngah beratur ni. 

"Apsal lame sangat nak pulangkan baki ni?'' Dalam hati aku dah mule berkate-kate. Sabar. Sabar.

"Kak, bagi lah duit lain, duit macam ni tauke saya tak nak lah," cashier A hulur balik duit RM5 yang ade kesan tampalan kat customer tu.

"Ini duit saya dapat dari ini kedai jugak la. Saya beli baju tadi, pekerja sini bagi baki ini duit," jawab pelanggan tu.

"Kak, duit macam ni boleh ke kak?" tanya cashier A kat cashier B. Cashier B tu awal-awal dah geleng. 

Yang aku pelik tu, duit lain kat tangan mak cik tu ade. RM10 ade. RM1 pun banyak. Entah ape masalah 'beliau' sampai orang lain nak kena beratur lame-lame sebab die. At last, mak cik tu beralah, die bagi je RM10 tu. Kan senang awal-awal tadi mase cashier tu mintak dah bagi. Hidup ni jangan menyusah kan orang. Sampai turn ibu aku nak bayar, aku tengok pekerja-pekerja dah mule nak turunkan 'dinding besi' tu. Kot ye pun, sabar la pak cik oi. Customer ade lagi ni.

Muke cashier tu macam dah lepas orang buang air. Yelah, dah last customer, lega lah die. Satu persatu barang die masukkan dalam plastik lepas scan. Borak punye borak dengan akak tu, kasi layan sikit. Mate pun aku tengok macam dah nak tak nak je bukak. Die start kerja dari pukul 10 pagi tadi. Lame tu, 12 jam. Kite nampak je die boleh duduk time customer tak ade. Nampak je kerja tu tak keluar peluh. Air cond ON. Tapi nak layan customer yang always right tu, aduhai, aku tengok adegan tadi tu pun dah menggigit-gigit jantung ni. Tu baru sorang. Satu orang satu karenah. Dari pukul 10 pagi tadi, berapa banyak karenah dah yang die jumpe? Sakit jiwa der. Aku dulu kerja cashier pun makan dalam jugak, dah la darah muda mase tu. Ehem ehem ehem. Sekarang pun darah muda lagi ok.

Tu baru bab customer, tauke yang dok perhati bikin lutut menggigil kot. Nasib baik tak tercabut je. Lagi best kalau kau ade darah gemuruh bile orang perhati kau buat kerja. Ehem3. Macam mak mentua tengok menantu yang die tak suke. Macam nak terkeluar biji mate tu. Nampak segala urat bagai. Salah sikit je, mule lah suare yang keluar pun macam dah tak ingat dunia. Kalau suare ok pun, ayat yang die gunakan pedas je bai. Die ingat aku ni budak tak habis sekolah ape nak tengking-tengking. Malu tak payah cite la. Rase macam nak buat plastic surgery je balik nanti. Hangin aku. Dah aku kenape nak emo bagai ni?? 

Ok, ok. Teremo sebentar bile teringat kenangan aku kerja cashier dulu. Tapi biar lah, dah jadi kenangan kan. Selesai je ibu aku bayar, amek balik duit baki, aku tak lupe ni "Terima kasih kak,". Cakap kuat-kuat sikit bagi mate die terbukak balik. Ok, ok. Gurau je. Just make sure die dengar lah kite thanx kat die, so that die tau yang kite ni menghargai service die. Tak susah pun kan? Bukan kena bayar pun. Kalau rase mulut berat sangat, tak larat nak cakap sebab puase kan, senyum je pun dah ok. 

Seriously, payah nak dengar perkataan 'thanx', terima kasih, 'arigato' sekarang ni. Tak tau lah kalau kat sekolah dulu cikgu tak ajar. Mungkin cikgu ingat parents dah ajar kat rumah. Parents pulak rase anak-anak dah pandai sendiri, tak payah nak bagi tunjuk ajar lebih-lebih. Sekarang kan dah moden. Diorang boleh belajar sendiri. Anak-anak pula dah terbiase dengan perkara yang salah. Masing-masing menuding jari kan. Maka, sedikit sebanyak perbuatan diorang tu tak selari dengan kemajuan negara kita. Bina bangunan tinggi-tinggi, tapi pemikiran cetek secetek-cetek air sungai. Kenape entry aku dah nak jadi macam debat ni? Apa-apa pun, perkara simple yang dipandang remeh, besar kesan die. So why don't we start to thanx others. Kalau bukan kite, siape lagi kan? Peringatan ni untuk diri aku jugak.

p/s : Aku rindu nak berdebat T_T . Serius tak bohong woo.




Thursday

Puase punye cerita

Assalamualaikum..

Memang lame betul tak post new entry. Tak boleh jadi ni. Ke manakah nafsu utk berkarya aku hilang? Err. Macam over pulak bunyi ni. Puase-puase ni kena control nafsu kot. Nafsu makan, nafsu berbelanja lagi-lagi kalau ke bazar, nafsu dot dot dot and yang seangkatan dgnnya lah. Almost a week aku biarkan blog aku sorang-sorang tanpa sebarang coretan. Ah, mesti blog ini terase sebab tuannya begitu ralit menghabiskan masa di atas katil bersama 'bantal busuk'nya. "Hari-hari online, tapi nak update blog malas. Dasar pemalas," mungkin ini yg blog aku katakan pada aku. Ah, banyak songeh, dah aku tak de idea nak update pasal ape, tak kan aku nak letak gambar aku yg perasan comel plus gedik tu. Aku nak update kali ni pun dah ok la, tak payah nak emo sangat lah. Dasar blog emo. Dah kenape intro aku ni macam perli diri sendiri je ni? Memang pun.

Apa nak cerita kali ni?

Tu lah nak cakap ni. Seriously, aku cemburu bile blogwalking ke blog orang lain, semua nak  cerita berkaitan bulan Ramadhan yang mulia. Memori curi-curi bukak puase masa zaman kanak-kanak ribena lah. Menu berbuka puasa yang paling best lah. Puase tak sampai seminggu tapi baju raya yang hantar tempah kat Mak Jemah dua bulan lepas dah siap lah. Siap snap gambar lagi. Bunyi mercun menggamit memori la. Tak perlu aku senaraikan semua, kang berpinar pulak mata korang nak bace. 

Perah punye perah short term memory aku ni, satu idea pun aku tak keluar. Seingat aku, tak pernah rasanya curi-curi buke puasa. Tahu ade yang sentiasa melihat. Budak-budak, baik lagi kan. Mencarut pun tak reti. Main mercun? Pun tidak jugak. Memang aku ade adik lelaki, tapi jarak umur kitorang memang jauh la, enam tahun. So mase aku kecik, die pun masih merengek mintak aku dukung. Tapi tak lame pun, sebab die terlampau semangat. Dan aku pula terlalu comel utk mendukung beliau yang sangat cute. Err.

So, boleh bayangkan nape aku tak dapat nak dukung die lame-lame

Ok, aku tak nak cerita pasal die banyak sangat. Ini blog gua yang punya. Kalau nak buat entry pasal die pun, die pecah rekod mandi lame mengalahkan perempuan.

Semakin lama aku blogwalking malam tadi, tibe-tibe long term memory aku mule berfungsi. Oh, rase seolah-olah nikmat tak terhingga, macam jawab paper Sejarah mase sekolah dulu. Cikgu Tang, i miss you. Err...

*Do not question me nape intro je dah panjang macam ni ok.

*********

Baju t-shirt lengan pendek. Seluar jean. Rambut aku ikat ala-ala ekor kuda. Rambut depan yang terjurai, aku sikat ke tepi. Kalau tak, langgar dinding lah aku. Kali ni tak de gambar sebab dah dulu-dulu pakai filem, dah cuci simpan dalam album. Nak scan, scanner rosak. Gunakanlah imaginasi korang tapi jangan melampau-lampau. Erk. Mase ni umur aku baru sembilan tahun rasenya.

Mase tu aku kat kampung, siap-siap nak pergi somewhere. Tak ingat ke mane. Awal-awal aku da masuk kereta kat tempat duduk belakang, kecik-kecik memang aku semangat bab pergi jalan-jalan ni. Akak aku pun dah ade kat sebelah aku mase tu. Masuk-masuk je dalam kereta, aku ternampak botol air dekat handbreak. "Nape pagi ni lain macam eh? Haus pulak." Cepat je tangan aku capai botol air tu dan mule meneguk air.

Sila perhatikan 'mulut' botol tu tau

"Aih, kenape lah lambat sangat air ni nak sampai ke tekak aku ni, haus nih." Memang lembap air tu flow, puas aku mendongak. Aku 'urut-urut' badan botol tu. Mungkin juga aku dah lupe skill hisap botol susu kot. Lainla kalau orang tu hisap botol susu sampai empat tahun. Ahaks. Sedang aku bermonolog dalam hati, aku rasakan tapak tangan yang tak berape nak comel singgah di belakang badan aku.

"Hoi, puasa lah!" (Ayat seru, tanda bacaan kena betul, ambil mood intonasi sekali)

"Eh, lupe!" (Innocent, kecik-kecik tak reti mencarut)

Berlaku scene pandang-memandang antara aku dan akak aku. Macam pandang cermin, nasib baik aku gelap sikit. Ahaks.

Air liur bersama air kosong tadi aku telan, dah alang-alang kan. Rezeki jangan ditolak. Botol air tadi aku letakkan balik ke tempat asal. Macam mane boleh lupa ni? Nak kate angau, kecik-kecik aku tak de boipren. Aku kan budak baik. Musykil. Botol air tadi aku tenung. Patotlah payah benar nak keluar air tu. Botol air jenis macam tu memang kena ade skill lah kalau nak gune. Kena menuntut ilmu from orang yang lama hisap botol susu. Ahaks. 

Agak-agak kalau botol air tu macam ni, banyak
tak air yang aku dah minum mase tu?





*******

Actually, gambar-gambar botol air tu bukan gambar sebenar. Just nak korang imagine 'mulut' botol air tu. Dah kenapa aku panggil macam tu? 'Kaki' botol air ade? 'Tangan' botol air? Ahaks. 

p/s : Tak ingat lah macam mane aku bole berhenti hisap botol susu sebab aku kecik sangat mase tu. Tanye parents pun diorang tak ingat =.='















Friday

Mid Valley dan novel M.A.I.D

Assalamualaikum...

Semalam aku dan ex classmate pergi jalan-jalan. Oh, tidak ke mana sangat pun, hanya ke Mid Valley. Sampai-sampai je terus cari food court dulu. Tenaga amatlah diperlukan memandangkan malam tu aku tak tido dan breakfast pun tak cukup untuk gain balik energy aku. Jangan terkejut aku cakap kalau aku tidur sepanjang dalam train. Memang nyenyak lah tidur. Cuma terkejut bila terperasan kehadiran lelaki dalam ladies coach. Ingatkan aku yang salah tempat ke ape ke. Maybe dah penuh sangat kot, so diorang pun masuk lah ladies coach tu. Tak pun diorang tak faham ape itu 'Ladies Coach', muke pun ade iras-iras warga asing.

Selesai makan, kitorang start senaman kaki kitorang dari satu level, to another level. Member aku ni kate nak beli beg tapi yang peliknye merayau ke kedai baju. Aku pun layan je, kot-kot terjumpa baju yang cun melecun dan berkenan di hati. Tapi memang susah la. Dah jumpe yang cun, saiz pun ok, colour pulak yang aku tak berkenan. So, at the end aku tak beli pun.

Then, aku teringat aku ade bace blog ini. Memang tak dapat dinafikan aku rase berkobar-kobar untuk membeli novel tersebut. Kalau dulu berkire lah jugak nak beli novel, tapi sekarang tak kesah da. Lagipun kalau kite betul-betul sukakan sesuatu, tak salah rasenye untuk kite berkorban kan? Tapi member aku tu ade member card, so dapat diskaun. Alhamdulillah.


Tenang je bila masuk kat sini.


Membace.


Membace lagi.

Teringat dulu masa zaman sekolah, ramai yang pesan budak-budak jangan baca novel, nanti perasaan terbuai-buai. Seolah-olah membace novel tu memang BIG mistake habis la. Lagi-lagi kena cap minah bunga lah, minah novel bagai lah. Eh hello, at least aku membace. Banyak cakap ilmu tak ada tak guna jugak. Membace tu kan amalan mulia. Tak rasa tercabar ke, kita duduk berbual-bual, then nampak di satu sudut, ada orang membaca dengan khusyuknya. Lagi-lagi yang selalu membace ni orang yang dah berusia dan bangsa bukan Melayu. Sebab tu bangsa bukan Melayu cerdik-cerdik belaka. Entah kenapa, situasi itu membuatkan aku tercabar. Tapi nak compete, kena lah dengan cara yang positif. Tak kisah lah baca novel bahasa Melayu je pun, tapi biasanya ada juga diselitkan a few English words kan? Sikit-sikit, lame-lame jadi bukit lah. Tu salah satu perkara yang kita boleh belajar la from novel.

After beli novel, perut dah mule buat mini konsert minta diisi. Dalam otak aku dah terbayangkan double cheese burger. Ok, jalan-jalan sikit, then terus berlari-lari anak ke McDonald. HAHA. Bohong lah kan, kaki dah sakit sebab dah lama tak pakai sneaker tu, lepas tu ada hati nak lari-lari anak. Just jalan dengan penuh kesopanan ke McD, dah sampai terus cop tempat duduk. Then member punye member yang belikan makanan untuk kami. Aku hanya duduk macam mem besar. HAHA.




Ni lah Wani and cik abang die yang belikan makanan tu. Thanx korang!




Ejat dan aku.

Novel dah beli, perut pun dah diisi. So apa lagi, aku dari KL dah dengar dah katil aku menyeru-nyeru kt PD tu. Aku dan tido memang tak dapat dipisahkan. Cuti lame yang tinggal lagi sebulan ni mengeratkan lagi hubungan kami. Ok fine, ini bukan crap edition ye. Pukul enam petang, kami moved dari MV. Sampai rumah pukul sembilan lebih. Exhausted. Tertido, tak sedar lappy tak shut down. Oh, sangat tak bagus untuk jangka hayat laptop aku. Sorry dear.

p/s : Kenapa aku tak tido malam tu? Biarlah rahsia. HAHA

Monday

Perlis pulak~

Assalamualaikum...

First of all, maaf bebanyak sbb lambat post. Kata orang, tak sampai seru lagi. Macam mane seru nak sampai, dah katil je yang seru name aku memanjang. Pantang tinggal sekejap, tak lame lepas tu katil panggil aku balik. Maklumlah, lame tak jumpe. Ok, habis di situ sahaja edisi merepek untuk post kali ni. *Bohong*


Aku pernah mentioned before ni kan yang aku akan ke Perlis? Yeah. I went there for Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC). Endurance Challenge? Maka, haruslah berkampung dulu kat UiTM Shah Alam dulu sebelum melancarkan serangan kat pihak lawan. HAHA. Ayat macam nak pergi perang je. Semangat tu harus ada. Betul tak??



Walaupun sebelum ni aku berbelah bahagi lah jugak whether nak pergi KMNS or KKEC, but at last, i chose KKEC. Sebab? Nak jalan-jalan pergi Perlis. Kalau pergi matriks, balik kampung nanti pun lalu jugak. HAHA. See? Niat sudah salah di situ. Mule-mule, Kak Dalila yang IM aku one day tu, ajak hitamkan muke join KKEC. Mungkin disebabkan rindu yang membuak-buak untuk kelihatan seksi berpeluh-peluh, berlari ala-ala cerita hindustan, segala jenis lemak tepu dengan tak tepunya sungguh tak malu dah menyinggahkan diri mereka kat peha aku. Tahulah drumstick aku tak seksi macam artis korea tu, tapi still kena jaga sebelum mata aku sakit untuk memandang. 

Aku dan Ayie dah sampai dulu kt kolej sehari lebih awal. Die dari Perak, datang Shah Alam dgn public transport. Aku? Oh, jangan risau, aku ade driver tak bergaji. Ok, terbiadap pulak. Dah memang rezeki aku, kakak aku pun nak masuk new sem, maka aku balik dengan die je. Lepas die registered somewhere around Selayang, die dan cik abang die hantar aku ke Kolej Teratai bunga indah. Latihan mule keesokan hari. Nampak tak betape semangatnye aku? HAHA. Yosh! Semangat itu penting walaupun stamina aku tak berape nak uummphhh.

Dalam KKEC tu ade tiga acara yg dipertandingkan, larian, berbasikal dan kayak. Aku memang awal-awal dah reject kayak dalam hati. Setiap acara tu mesti berpasangan. Paham tak? Mesti ade siswa dan jugak siswi. Dua orang lagi simpanan. Kire total satu team lapan orang lah. Yang simpanan kalau boleh kena lah expert semua acara tu, mane tau last minute, tibe-tibe nak tukar orang ke. Tapi Alhamdulillah, everything's ok aja. Tu untuk student, alumni pun ade jugak. Haa, yang ni kena bangga dan kembang kejap, aku terjadi wakil alumni atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. 

Nak ke aku senaraikan peserta-peserta yg join? Jap, jap. Korang boleh bace kat sini. Nak cerita banyak pun, Ayie dah post awal. Curik idea aku lah tu. Die dah lame tak rasa tapak tangan aku tu. Erk, dia tak penah rase pun. Sebab? Saya gadis comel yang always berbaju kurung ayu dan lembut. Tak mampu nak tampar orang ni. 


Maka, apa motif post aku kali ni? Mungkin kali ni crap edition sebab banyak sangat benda nak cerita. Kasut? You mean running shoes ke? Yeah, that's it. Entah kenapa, kaki aku sakit semacam. Nak kata tak pernah lari, dulu jamboree pun latihan pun boleh tahan hebatnya. Kata senior, kasut aku tak sesuai untuk jogging. Tapi, they are not the first one yang cakap, kekanda kesayangan pun pernah cakap. Aku nak dengar? Memang harapan lah kan. HAHA. So, kali ni I got the 'reward' la. Macam mana rupe kaki aku tu, biarlah rahsia. *Buruk bebeno rupenye~

At least, aku belajar daripada kesilapan kesakitan. So, aku pun merajinkan diri cari info pasal running shoes. Boleh tengok kat sini. Hari tu my sis tanye, "Nak beli ape-ape tak?". Aku dengan confident 100% senyum and geleng. Tapi aku rase aku offer tu masih on till now. HAHA. Gelak-gelak jugak, korang paham tak nape aku gelak nih? Tak paham lah tu. Ketuk kepala kang baru tau. Aku nak mintak kakak aku belikan kasut baru  untuk aku. 

Hari tu masa lari, ade rase nak muntah. Penangan power bar. Hanya sendawa beberapa kali, banyak sangat aku bedal air 100PLUS kot. Memang malu gile dengan partner aku. Tapi malas nak layan dah. Aku awal-awal dah demand from pakar fisio ni aku nak power bar perisa coklat untuk next jamboree. Kedengaran agak kejam tapi aku tak nak susahkan next partner aku. Ok, itu tipu. Memang nasib la siapa yang dapat jadi partner aku nanti. Hanya mereka yang pernah lari dengan aku je yang tau. HAHA. Tadi jumpe ni, khas untuk memotivasikan diri yang selalu pancit mase lari. Kite kongsi sama-sama yer.

Sebelum bertolak balik ke Shah Alam, singgah Padang Besar. Sumpah kalau duit banyak masa tu, memang aku lah manusia yang akan shopping sakan tak ingat dunia. "Ayah, ibu, next destination kalau nak cuti kite pergi Perlis lah, ok?". Diorang tak cakap ape-ape pun. Diam tanda setuju. Maknanya oklah tu. Jalan-jalan di situ, beli baju.



Ni ha model tak bertauliah dah pakai.

Rase tu je kot aku nak merepek kali ni. Sudah lame tak blogwalking. Fatin Liyana pun dah lame x update. Zack pun same. Cara aku cakap macam aku kenal rapat dengan diorang kan? Rapat lah kot, senegeri kan? HAHA.

p/s : ape maksud mimpi kena geget dengan ular? lalalala~







Thursday

salesgirl..

Assalamualaikum..


Sape sini pernah jadi salesgirl?


Aku? Penah la jugak. Mase lepas SPM dulu lah. Masa tu determination nak kumpul duit tengah menggunung-gunung. Tapi kumpul duit nak beli handphone la. Jangan harap lah aku nak simpan duit. HAHA. Memang harapan. Adela dalam tiga bulan lebih, lepas result SPM kuar je, aku quit. Lagi satu, mase tu aku kerja sebab aku saje je nak busykan diri, kalau duk umah je, mesti cuak bile pikir pasal result. Mane tak nye, belajar 'main-main'.

Aku ade soalan lagi, tapi biasanya benda ni jadi kat girls je. Lelaki tak lah kot.

Sape pernah disalah anggap bekerja sbg salesgirl? Ok, aku pernah and memang malu gile la. Bukan nak kate kerja salesgirl tu macam tak bagus ke ape, tapi entah la, kalau sesape yang pernah kena cam aku ni, tau la macam mane rasanya. 

First time aku kena, mase tu aku ikut ibu aku pergi kedai tudung. Konon nak teman, tapi mase tu aku tak bernafsu sangat nak beli tudung ni. Yelah, zaman aku sekolah rendah, mane reti pilih-pilih tudung ni.  Mane yang sedap, rembat je. Warna wajib mestilah hitam. HAHA. So, mase ibu aku tengah pilih-pilih tu, aku berdiri sorang kat tepi rak yang jual anak tudung. Nak ikut ibu aku memilih, pusing ke sane ke sini, beli ke tak, belum tentu lagi. Tibe-tibe ade mak cik tengah belek-belek tudung, "Dik, tudung ni berape ringgit dik?''  Rasa geram, segan and macam-macam ade. Then aku hanya mampu tersenyum kat mak cik tu, and jawab "Tak tahu mak cik, saya tunggu ibu saya kat dalam tu". 

Lepas tu, agak kerap jugak lah aku disalah anggap as salesgirl. Tapi sejak masuk U, mungkin muke pun da nampak mature, ingatkan tak de lah orang salah anggap lagi. Tak jugak, hari tu mase pergi Langkawi kena lagi. Mase tu ibu aku tengah pilih kain batik, aku pun memang  tak reti sangat bab-bab kain batik ni. Semua cantik je kat mate aku. So, mase ibu aku syok-syok pilih tu, aku duk je lah bersandar kat susunan kain batik yang tinggi-tinggi tu. Nak duduk kat kerusi, adik aku awal-awal dah cop dulu. Tak gentleman langsung. Cehh. Tibe-tibe ade kakak (mungkin jugak sebaye or mude dari aku) tengok aku atas bawah dengan muke innocent sambil tangan die pegang-pegang kain batik yang tergantung and  bukak mulut "Dik, ni berape dik?'' 

Kalau mak cik yang tegur aku, mungkin aku boleh senyum and control ayu. Tapi kali ni asap dah berkepul-kepul keluar dari telinga macam cerita kartun kan.Kali ni kakak-kakak, mungkin jugak adik-adik yang baru nak hidup, boleh tak aku jawab "Do I look like a salesgirl?". Oh tidak, terlalu biadap. And again, aku hanya senyum, ''Sorry, saya bukan pekerja kat sini".

Korang penah kena macam ni? HAHA. Aku ade tips untuk elakkan benda ni jadi lagi. 

First, stick to your parents time shopping. Kalau kecik-kecik dulu, memang kena melekat dengan parents, takut hilang kan, tapi bile dah besar pun bole apply lagi. Elakkan duduk sorang-sorang walaupun korang tak ada mood nak shopping.

Second, elakkan pakai pakaian yang simple sangat. Nak lagi mantap, pakai make up tebal-tebal. HAHA. Gurau je, what I mean is kalau nak jalan-jalan, window shopping, pakai lah pakaian yang menampakkan anda memang nak bershopping. For example, pakai la handbag. So that, orang boleh bezakan antara customer dgn salesgirl. Salesgirl tak pakai handbag kan,  tengah bekerja. Ikut keselesaan masing-masing tapi don't be too simple. Peringatan ini juga untuk aku, sebab aku kadang-kadang berlenggang without handbag plus dengan flat shoesnye. HAHA. 

p/s : Korang ade tips lain, share dengan aku jom.


Friday

Cemburu is jealous!

Assalamualaikum..

Itu hari aku sudah lepas ke Langkawi. Walaupun tak dapat berpoya-poya shopping sakan macam yang aku harapkan, tak pelah, bukan rezeki aku. Lagipun sedar lah sikit cik nadhira oi, ekau nak shopping sakan guno duit sendiri tak po lah jugak. Ni tak, dongan muko seposen tadah tangan kat parents ekau mintak ratus2.  Polompang ado la ha. Amboi, manyak cantik adik manis. Hak tuih!
Tak lame lagi, aku akan ke Perlis. Ade aktiviti which mean, i will sweat. HAHA. Sebut pasal peluh, aku tak tau lah kenape, aku sorang je yang rase macam ni or orang lain pun rase perkare yg same. Aku selalu fikir peluh itu membuatkan aku seksi. Oh, rileks la, nak seksi tak semestinye pakai baju tak cukup kain. Tu tak masuk dengan ketatnye lagi.  Nak seksi tak semestinye kene pakai gincu sampai comot2. Konon2 seksi lah tu. Ok, yg bawah umur sile tutup muke macam ni :

 Tutup muke tapi tangan tak rapat. Kantoi~

Ok, intro ends here. HAHA.
(Macam karangan SPM)

******************************

Aku tibe2 je dapat idea nak taip first entry untuk this month bile teringatkan perkataan peluh. Cikgu aku penah cakap, orang yang kuat berpeluh especially kt muke ni kuat cemburu. Apakah? Aku agak terase di situ sebab ramai orang kate aku kuat cemburu. HAHA. Nak aje aku tergelak besar tapi dek rase hormat yg tinggi kat cikgu aku tu, aku cover lah ketawa aku tu. Dahla belajar tak hebat mane, kang buat cikgu tu terase, tak ke naya aku. Kurang berkat. PMR pun tak pass lagi masa tu. Dulu2, ibu aku kate kalau x pass PMR, kawen je terus. Agak2 offer tu masih on lagi tak? Ok, aku memang gatal. Kadang2 je. 

Actually, muke aku memang sangat obvious kalau berpeluh. Teringat dulu mase darjah due, aku masuk satu tarian ni. Tak ingat lah tarian sempena ape, tapi yang aku ingat, aku kena pakai cheong sam mase tu. Kalau dah pakai cheong sam tu, maknanye tarian cina lah kan. Maka, aku dan memember semua di'touch up' tebal2. Konon2 nak kasi cerah ala2 amoi gitu. Tapi part mate memang tak dapat nak alter lah, dah mate aku memang melayu asli gitu. So, bile tibe giliran aku make up, aku rase macam lame gile. Tapi aku senyap je, jakun lah jugak. Kat umah mane bule usik make up ibu aku. Nak kena titik tangan tu, buat lah. So, bile dah kena make up tu. Layan je lah. 

Tibe2..

Cikgu A : Kenape lame sangat make up kan izza ni?

Cikgu B : Entah lah kak, asyik berpeluh je dia ni. Dari tadi saya betulkan.

Aku : *Saya berdebar2 nak naik pentas. Agak2 siti nurhaliza cuak cam ni tak tiap kali die perform? (baris ni auta je sebab muke aku mmg kuat berpeluh)

Aku ni kan memang payah nak percaye orang cakap kan? So i choose untuk tidak percaye yang aku kuat cemburu.


                                                             ******************************************


Kalau korang perasan lah, kat FB kan selalu ade kuiz-kuiz kan. Ape? Ingat habis silibus je ade kuiz. AHAKS. FB pun ade okay. Personaliti mengikut jenis darah, personaliti mengikut minat lah, personaliti mengikut tarikh lahir lah and macam2 lagi. Kadang2 pelik tengok notification banyak sangat. Lagi-lagi kalau notification tag aku dengan gambar yg tak berkenaan dengan aku, memang laju lah tangan aku remove tag tu. HEHE. Bunyi macam anti gile kan? Tapi last2 aku tengok jugak lah. Oh, tag aku kat quiz result ye. Di situ bermulah kegatalan aku nak jawab kuiz tu. Aku tertarik dengan kuiz ni 'Personaliti Mengikut Tarikh Lahir'. Tip tap tip tap. Aku kuat cemburu? Ah, tak nak percaye lagi.  HAHA.


******************************


Jalan-jalan dalam shopping mall je sudah boleh menghilangkan stress. Tak perlu mengeluarkan sesen pun. Lagi-lagi kalau pergi watson, itu tempat wajib singgah ok? Kenapa? Next entry lah. Note that siapa2 yang nak keluar date dengan aku. Ok, itu gurau je. Tapi mate aku tak kan terlepas pandang gadis-gadis sunti yang innocent dipimpin oleh bodyguard tak bertauliah ni. Sinis sungguh bahase aku, maaf. Cume kadang-kadang aku juge cemburu ingin merase dipimpin. Macam mase kecik-kecik dulu kan, siap kena dukung lagi. Tapi tak lah sampai nak kena dukung dek 'cik abang' kt shopping mall. Sungguh tidak ayu sopan ok. 

Eh, aku sudah teradmit aku cemburu? Oklah, tidak pelik kalau aku cemburu, aku ade sembilan perasaan. Bukan aku je, sume perempuan. Jangan salahkan kami kaum hawa kalau kami tak mampu untuk mengawalnya, kami tak minta untuk dilahirkan begini. Oh, itu bukan bermakne kami tak bersyukur. Sila pahamkan ayat tersebut ye. Mungkin benar aku cemburu (akhirnya aku mengaku), tapi untuk melabel aku kuat cemburu, oh tidak salah.  But do not blame me if I can not control it. Please? 

p/s : Aku tak puas shopping coklat sahaja! Bukti? Sila rujuk last entry :P

Thursday

ubat stapler..

Assalamualaikum...

Entah kenapa, hari ini tibe2 dapat extra ilham nak update blog. Kenape extra? Sebab baru je update blog ari tu. Malam tadi dok depan lappy, tengok2 balik gambar aku yang lame2. I mean mase aku pakai braces la. Sambil main2 ekor rambut, mencari idea ape yang aku nak post kt blog. Idea kelihatan tak mahu menunjukkan diri, maka aku pun beralih ke facebook. Komen status member. Komen gambar orang. Like gambar orang tapi payah nak jumpe gambar yang aku like. HAHA. Sume fesyen nak jambu2, termasuklah adik aku. Ok, habis di situ. Memang idea tak nak jumpa aku. Ape busuk sangat ke aku ni? Bukan main payah nak tunggu idea datang kat aku ni. 


Rase macam dah nak give up, nak tido macam impossible je sebab dah tido lepas maghrib. Ni sume gara2 akak aku syok layan bola malam tadi, Malaysia vs Taiwan. Thanx God Malaysia menang, berbaloi lah die bersorak malam tadi. Tibe2 "X commented on your photo". Of course, aku rase kuman gedik makin aktif tapi kelihatan agak pelikla. Gambar ape lah yang budak ni komen ni. Ni mesti tak de keje budak2 ni. Mane tak nye, kalau dalam kelas dulu, diorang ni ade je modal nak usik orang. Kalau budak2 yang kuat melatah tu, memang jadi mangse la. Abes buku latihan dikoyaknya. Padahal cikgu nak tengok homework tu jap lagi. 

What the? fuiyo kak jah dah mkin hot la btol x . Sah budak2 ni memang tak de keje. Nak kenekan aku lah ni. Teringat satu moment dlm kelas zaman mude2 dulu....

                   *********************

Mase tu aku baru je pakai braces. So, memang aku dihujani banyak soalan. Tak sakit ke? Tak demam ke? Berape batang gigi kene cabut? Sakit tak kene cabut gigi? Tak kurang jugak yang berkate macam ni. Eh, dulu kan sedare aku pakai mende ni, demam 3 bulan kot, 3 bulan tu lah makan bubur je memanjang, ko x demam ke? HAHA. Dari dulu, mase aku register utk waiting list nak buat rawatan ortodontik ni, ramai je yang bagitau aku macam tu tapi aku tak percaye. Sebab? Aku degil. Kuang3. 

Tapi ade satu komen ni yang aku tak kan lupe, sampai sekarang.

I : Eh, Jah, kau pakai ni aku terbayangkan something lah.

Aku : Ape die? (Budak laki ni bukan bule caye, imaginasi nak tinggi je)

I : Besi kat gigi kau, yang kotak2 tu, macam ubat stapler lah..

Aku : HAHA..(Mase ni gelak dah tak reti tutup mulut. Sakit wa cakap sama lu)

I : Cube kau bayangkan, kalau gigi kau tercabut, mesti besi yang kotak2 tu macam tergantungkan? HAHA..

Aku : *Budak ni mmg nak kenekan aku

                       **************

Till now, i asked myself, macam mane die buleh bayangkan sampai ke situ? But still, I know that it's a joke. Takde niat nak ejek or whatever. Entah kenapa kali ni aku rindukan sekolah mungkin. Teringatkan perangai budak2 kelas dulu. But i think, they are growing up better than yesterday. 

p/s : Gara2 tengok gambar pakai braces and member komen pic ni kat fb, dapat idea utk post kali ni. Next? Just wait and see :)





Tuesday

free tax??

Assalamualaikum..

Agak lama aku tinggalkan blog aku ni. Mesti die kesunyian, macam tuannya. HAHA. Bohong di situ, aku selalu je gelak even jiwa kacau. Mereng der~

Ke mana aku menghilang? I just followed my family vacation to Langkawi. Takkan aku nak tinggal sorang2 kt rumah sedangkan family members aku yang lain syok2 shopping. So, sekarang ni korang paham kan kenapa aku sangat bersemangat nak pergi. Membawa diri tu mmg one of the reasons lah, membawa diri dari ape pun aku tak tau. Tapi yang penting, terapi yang paling best - shopping. Saat tu aku dah terbayang blouse and tudung yang cun melantun-lantun. Boleh buat stok untuk third sem. Aha, untuk syawal yang bakal menjelma juga. Wah, sangat excited. Kalau begini lah gayanya, mmg lokasi yg sesuai utk membawa diri. Shopping, shopping and shopping. Dengan free tax nya lagi. Memang dalam hati ada taman lah macam ni. Siap ade rama-rama sekali.

Last Thursday, pukul 1 pagi, kitorang moved ke Baling. Kena lah ambil adek kesayangan aku sorang tu kat MRSM Baling. Takkan nak tinggalkan beliau sorang2. Dah la birthday die dah memang dekat mase tu. Kire beruntung lah die sbb dpt celebrate birthday dengan family this year. Then, lepas ambil die after die habis kelas, kitorang teruskan lagi perjalanan ke Langkawi. At last, around 9pm kitorg sampai kt hotel. Malam tu just makan2 and prepare fizikal and mental untuk tough day tomorrow.

Ok, esok tu kitorang jalan2 dulu walaupun dalam hati aku dah membuak2 nak shopping. Akak aku mungkin tidak terase bosan sebabnye my parents bagi die special permission utk drive. Aku? Duduk kat belakang and tidak sabar2 nk masuk ke shopping mall yg ber'air cond'. HAHA. Kitorang ade singgah satu tempat ni, namenye 'Beras Terbakar'. So funny. Kat situ ade gerai2 la jual ubat, kain batik, kraf tangan and macam2 lagi lah.

Dah petang baru my parents decide nk shopping. Search mane2 mall yang menarik namenya through GPS. Oh, tak perlulah aku mention apa nama tempat tu. Masuk2 je entrance, orang x ramai. First impression, tempat ni mcm nak bankrupt je. HAHA. Jalan2 dalam tu, banyak kedai kosong. Nothing much yang menarik perhatian untuk orang macam aku yang aim nak shopping bagai nk rak macam dah ade duit sendiri kan.  Nak  shopping sakan mcm mane kalu harge barang tak lah jauh beza sgt dengan tempat aku pun. Ternyata free tax tu pun tak dapat menghiburkan aku yang berduka lara ni. Ke aku yang terlalu banyak berfikir. Aku pun tak tau. Tapi yang pasti, mungkin benar Langkawi tu kawasan free tax tapi barang2 yang dijual tak lah murah mane pun. Mungkin selera aku terlampau besar kot kalau bab2 shopping ni. HAHA. Padanlah orang takut nak kawan dengan aku. 

Tapi ( banyak sangat tapi da..) tak lah disappointed sangat. Sebab? Coklat. HAHA. Memang aku boronglah beli coklat. Sampai sakit gigi aku kan sebab banyak sangat makan coklat. Tak padan dengan pakai retainernye. Other than that, kedai makan kat sane best. Kalau sebelum ni aku x pandang kedai mamak, tapi kate sane, aku siap main mate dengan pak cik yang tebar roti canai tu. HAHA. Auta je. Main mate konon, mentang2 baru beli eyeshadow :P . 

So missy izza, lain kali jangan mudah percaye ok. Orang kate free tax je, hang da semangat nak shopping bagai. Padahal kalau member ajak shopping macam2 alasan bagi ye. Selagi tak dengar ''Ade sale lah..", memang tak bergeraklah aku.

Entry kali ni xde gambar sebabnye aku x berape bernafsu nak ambil gambar. Cahaye matahari memancar2. Silau aku dibuatnya. Terkedip-kedip. Sori k. And thanx sebab nak bace post ni walaupun aku condemn certain2 tempat. Sori again~

p/s : tinggalkan 'jejak' anda ye :p

Monday

surat utk bakal suami ^.^

I don't know anything about you. I don't know where are you right now. What are you doing? How are you doing? I hope everything is fine dear. HAHA. I want to look for you tapi malu. Mungkin ade certain org kate saya ni kelihatan moden tapi conventional minded. Pemikiran mengalahkan orang kampung but if this is the right way, then just biarkan je ape yang diorang nak cakap pasal saye. Sebab saya tau, saya buat perkare yang betul.

Once in a while, jealous tengok member2 yang dah ade 'payung'. Pergi mane2 ade bodyguard tak bertauliah teman. Tp xpe, saye pergi mane2 sorang2, i become independent kan? Ala2 miss independent gitu. Kirenye saye tak de lah menyusahkan kamu nanti. Tapi, saye takut nak bawa kereta. HAHA. So, harap kamu boleh ajar saya nanti. Actually dah lame ade lesen tapi lame tak drive, jadi kekok plak bile nak drive. Oklah tu kan? Bukan saye mintak kamu jadi driver saye pun? Tak mampu nak bayar hutang, ade niat nak pasang sorang driver. Memang kopak lah I. HAHA.

Just so you know, saye kuat makan ok? So kalau malam2 tibe i'm craving for chicken chop ke, mee bandung ke, DCB ke (oopssssssss..), jangan buat muke pelik tau. Saye x berape nak amalkan 'makan malam sebelum pukul 7ptg' sebab tu semua mengarut je pada saye. HAHA. Padahal tu fakta. But i really can't help myself when i am hungry. 

Saye x rajin kemas ruang tamu. HAHA. Sebab ape? Dusts make me sneeze. Many times. Hidung akan jadi merah and at the end I choose to sleep. Nanti kalau asyik dok gosok2 hidung, kalau tak kene carenye, hidungku bisa kemek (cakap macam selama ni hidung aku mancung pulak kan). So, saye mintak tolong kt kamu, kamu rajin2lah kemas living room. Dapur biar saye yg kemas. Bilik? Kemas same2. Adil x? HAHA

p/s : merapu di pagi hari, enjoy bace, hopefully ^.^

Wednesday

fobia kat BAS!!!

assalamualaikum, tadi pergi round kat taman perumahan dengan my sister, then ternampak ni~

Oooh!

Lihat tajuk ye. Fobia dengan bas?..Kenape? Tolong jawab ye, orang nak tahu ni..
Ade insiden buruk mase tunggu bas?Ragut?? Oh tidak. But seriously that INCIDENT memang buat aku meluat naik bas till now.

Ape cer?

Tempat aku tunggu bas tu memang jauh dari umah aku. So every morning, kena move awal sikitlah kan. Yela,  kena lah ikut mase drebar bas tu, kang x pasal2 kena tinggal. Noted ye, ikut mase bukan kepala. 

I have my own reason kenape aku lagi suke tunggu bas kat tempat yg jauh, padahal ade je tempat yg lagi dekat. 

Ok, cecite cecite. 

Nak ceritalah ni. 

Mase aku sekolah dulu, bas first trip pukul 6.30pg (awal tu beb), tapi aku prefered lagi naik bas second trip, pukul 6.50pg. Tapi tulah, drebar tu 'SURUH' aku naik bas first trip. Tapi aku degil, esok pagi selambe je aku naik bas second trip. Ayah aku penah cakap, "Selagi x de body contact, biarkan je kalau orang nak cakap ape pun." Okla, mula2 drebar tu membebel gak. Aku malu kot. Panas telinga ni beb. Dah la baju aku lain drpd yg lain, i mean i was a prefect. Ade lah jugak aku TERmenjawab. HAHA. Ok fine, memang salah SAYA.

Maybe sebab tu, the next day, i got the "REWARD". Tak lah gempak mane, setakat drebar bas tu tinggalkan aku tercongok sorang2 kat situ je. Mentang2 aku sorang je yg tunggu bas kat situ. Rase mcm nak bakar je. Errr, kenape bakar? Kite bakor je~

UUwwwaaaaa. Malu2. Rase macam x nak keluar rumah lagi dah. Nangis2 hentak kaki. Ok, tu penipu ok. Sampai ke tua lah aku x kahwin macam tu. Gatal kamu ni izza! Ala, i'm already 20 k? Kalau dulu2 ni, dah ade 4 orang anak, sila paham ye. HAHA.
Simple incident kan? But really make me fobia and meluat nak naik bas pergi sekolah. Nak harap parents hantar, memang x lah kan. Sekolah tempat ibu mengajar lain, nanti ibu lambat sampai sekolah. Ayah pagi2 memang dah sibuk keje. Nak tak nak, kena jugak naik bas tu. Takde pilihan, memang kat taman perumahan aku tinggal tu, tu je tauke bas yg ade. Bile dah kene tinggal mcm tu, aku pun pikelah macam mane nak naik bas lambat ni? So i made the decision nak tunggu tempat yg jauh sikit, biar lah jauh, yg penting hati x sakit. 

Ala, tempat jauh pun kena gerak awal jugak. Baik naik bas 6.30pg tuh.

HAHA. Sebab tempat yg jauh tu, kena turun bukit, kurang 5 minit, aku dah sampai. Memang laju lah kan aku jalan, dengan baju kurungnye. Fortunately, aku x penah jatuh k? Thanx Allah swt. Mule2 tu drebar tu macam marah jugak kat aku, tapi aku buat dunno je. Die takkan berani usik aku (muke kejam :P). AND die mesti berhentikan bas punye, sebab ramai lagi orang lain yg tunggu bas kat situ.

So, moral of the story? Cerita bagai nak rak je eh..

I learnt that, what u give, u get back. Jangan menjawab. Ok, mulut ni memang utk menjawab kot. Izza, jangan menjawab, nnt kena tinggal bas lagi.

Jangan merungut byk sgt, think of a solution. Cakap mcm pro kan? Mule2 masuk U, selalu jugak naik bas gi fakulti. Tapi berebut2lah. Hari2 kena pkai kasut, kalau x memang kaki kena pijak, berparut, hantaran kureng. Oh, sgt tak best! Then memang x mampu nk dengar girl2 sekalian "bersuare" nak cepat sampai fakulti, OMG! Macam orang lain x de kelas 8.30pg plak kan? Plus memang "fobia" abes dgn bas, hari2 menapak g fakulti. Second sem x naik bas pun except kalau kena pergi fac malam2. Memang mantap lah stamina den. Mantap ke? HAHA. Tak kesah pigmentation pun.Itam itu menawan. Berpeluh sikit, sabor je lah. Bakar lemak2 yg terkumpul tu. Nanti masuk kelas ade aircond.

~Panjang gile post kali ni, jangan post ni bace korang sudah. Sori ye. (",)


Saturday

pulang sudah~

Semalam the whole family except my daddy went to R&R Seremban, hantar my lil brother. Die naik bas dari sane. Macam biaselah janji Melayu kan? Janji pukul 9.30pg tp pukul 10.15pg bas tu tak gerak pun lagi. Ade yang tertinggal beg lah. Ade budak dari Melaka tertinggal lah. Pendek kate, macam2 ade. 


ni dia boy yang nak balik kedah tu


zoom lebih, nak bagi nampak parut chicken pox die..haha..


die dah malu (ke?)



sweater peneman waktu tidur lah tu

Malam sebelum gerak tu, ayah aku kata dia tak tidur pun malam tu. Pulun online 'muka buku' & 'tiub anda' bagai. Kat sana memang tak ade chance nak online katenye. So, ini lah padahnya bila tak tido malam.

bas belum gerak dah tidur ke bro?

ok, die sedar ade orang snap pic die



kakak - kakak yg setia menunggu :)


ala manja gitu


 die tak nak pandang camera sbb mata dia dah berair



aku lagi?

Tunggu punye tunggu, bas ni memang nak tunggu semua parents yang ade kat situ tolak baru nak gerak kot? Haha. Sebab dah lame sangat tunggu, kitorg gerak balik dulu. Goodbye jambu, belajar rajin-rajin ye, be a good son, make sure you beat your sis. 

P/S : nak buah tangan, yg murah pun boleh :)

result oh result..

lagi 7 hari, result keluar lah..
mule lah rase x senang duduk..
mandi x nak, busuk?..mane ade..
mkn pun x nak, lapar?..mane ade..
tido pun susah, ngantok?..pun tidak...
(baris ketiga tu auta k?..haha)

what happen to me?..
time2 mcm ni baru lah nak pike..
ape yg aku buat sepanjang last sem..
busy mmglah busy..tp sume orang ade 24 jam kan..
i'm not good in time management..i don't want to take it for granted..

be strong izza,
Allah xkan bagi ujian yg x mampu ditanggung hambaNya..
kalau kite dah usaha, ade lah ganjarannya..kalau xdpt, ade hikmahnya..

melayan perasaan lagi ini malam~
thanx for your time :)

finally~

finally, aku buat jugak blog..yosh! (lompat2 mcm dpt result gempak)..haha..after almost two weeks bercuti, aku sign up, n this is it...why violetgrey?..simple je..sbb aku suke colour kelabu and purple...kalu nak bagi hadiah next year utk 21st birthday, then korang sume tahu what my favourite colours are...kih3..harap korang paham maksud aku tuh :P

kenape aku buat blog?

suka menaip - yeah..that's it..almost sume assignments, reports, tutorials aku taip walaupun nanti kne print mahal..kalu sehelai dua, boleh la 50sen tu..tu kalu consume black ink je tuh..tp kalu keja yg bertangguh2 dihantar serentak, memang terduduklah aku dgr 'pak cik' tu bgtau harganye..tp dah sbb suke sgt menaip, tutup mate je bile hulur duit kt tauke kedai..haha

ikut member - bukak2 je FB, amboi2 link sane sini..aku pun dengan semangat wajanye fokus membace humor blog member2 aku nih..humor blog?..ahaks...sbb asyik dok senyum + sengih + gelak sorang2 depan lappy ala2 angau gitu..kih3..so dari situ rasa cm nak jgak try buat blog ni..tp kalau x terhibur tu sori la derr, i'm kind a serious person (ke?) :P

mahu comment korang sume (mmg x malu mintak2 :P) ..ahaks..