Thursday

Puase punye cerita

Assalamualaikum..

Memang lame betul tak post new entry. Tak boleh jadi ni. Ke manakah nafsu utk berkarya aku hilang? Err. Macam over pulak bunyi ni. Puase-puase ni kena control nafsu kot. Nafsu makan, nafsu berbelanja lagi-lagi kalau ke bazar, nafsu dot dot dot and yang seangkatan dgnnya lah. Almost a week aku biarkan blog aku sorang-sorang tanpa sebarang coretan. Ah, mesti blog ini terase sebab tuannya begitu ralit menghabiskan masa di atas katil bersama 'bantal busuk'nya. "Hari-hari online, tapi nak update blog malas. Dasar pemalas," mungkin ini yg blog aku katakan pada aku. Ah, banyak songeh, dah aku tak de idea nak update pasal ape, tak kan aku nak letak gambar aku yg perasan comel plus gedik tu. Aku nak update kali ni pun dah ok la, tak payah nak emo sangat lah. Dasar blog emo. Dah kenape intro aku ni macam perli diri sendiri je ni? Memang pun.

Apa nak cerita kali ni?

Tu lah nak cakap ni. Seriously, aku cemburu bile blogwalking ke blog orang lain, semua nak  cerita berkaitan bulan Ramadhan yang mulia. Memori curi-curi bukak puase masa zaman kanak-kanak ribena lah. Menu berbuka puasa yang paling best lah. Puase tak sampai seminggu tapi baju raya yang hantar tempah kat Mak Jemah dua bulan lepas dah siap lah. Siap snap gambar lagi. Bunyi mercun menggamit memori la. Tak perlu aku senaraikan semua, kang berpinar pulak mata korang nak bace. 

Perah punye perah short term memory aku ni, satu idea pun aku tak keluar. Seingat aku, tak pernah rasanya curi-curi buke puasa. Tahu ade yang sentiasa melihat. Budak-budak, baik lagi kan. Mencarut pun tak reti. Main mercun? Pun tidak jugak. Memang aku ade adik lelaki, tapi jarak umur kitorang memang jauh la, enam tahun. So mase aku kecik, die pun masih merengek mintak aku dukung. Tapi tak lame pun, sebab die terlampau semangat. Dan aku pula terlalu comel utk mendukung beliau yang sangat cute. Err.

So, boleh bayangkan nape aku tak dapat nak dukung die lame-lame

Ok, aku tak nak cerita pasal die banyak sangat. Ini blog gua yang punya. Kalau nak buat entry pasal die pun, die pecah rekod mandi lame mengalahkan perempuan.

Semakin lama aku blogwalking malam tadi, tibe-tibe long term memory aku mule berfungsi. Oh, rase seolah-olah nikmat tak terhingga, macam jawab paper Sejarah mase sekolah dulu. Cikgu Tang, i miss you. Err...

*Do not question me nape intro je dah panjang macam ni ok.

*********

Baju t-shirt lengan pendek. Seluar jean. Rambut aku ikat ala-ala ekor kuda. Rambut depan yang terjurai, aku sikat ke tepi. Kalau tak, langgar dinding lah aku. Kali ni tak de gambar sebab dah dulu-dulu pakai filem, dah cuci simpan dalam album. Nak scan, scanner rosak. Gunakanlah imaginasi korang tapi jangan melampau-lampau. Erk. Mase ni umur aku baru sembilan tahun rasenya.

Mase tu aku kat kampung, siap-siap nak pergi somewhere. Tak ingat ke mane. Awal-awal aku da masuk kereta kat tempat duduk belakang, kecik-kecik memang aku semangat bab pergi jalan-jalan ni. Akak aku pun dah ade kat sebelah aku mase tu. Masuk-masuk je dalam kereta, aku ternampak botol air dekat handbreak. "Nape pagi ni lain macam eh? Haus pulak." Cepat je tangan aku capai botol air tu dan mule meneguk air.

Sila perhatikan 'mulut' botol tu tau

"Aih, kenape lah lambat sangat air ni nak sampai ke tekak aku ni, haus nih." Memang lembap air tu flow, puas aku mendongak. Aku 'urut-urut' badan botol tu. Mungkin juga aku dah lupe skill hisap botol susu kot. Lainla kalau orang tu hisap botol susu sampai empat tahun. Ahaks. Sedang aku bermonolog dalam hati, aku rasakan tapak tangan yang tak berape nak comel singgah di belakang badan aku.

"Hoi, puasa lah!" (Ayat seru, tanda bacaan kena betul, ambil mood intonasi sekali)

"Eh, lupe!" (Innocent, kecik-kecik tak reti mencarut)

Berlaku scene pandang-memandang antara aku dan akak aku. Macam pandang cermin, nasib baik aku gelap sikit. Ahaks.

Air liur bersama air kosong tadi aku telan, dah alang-alang kan. Rezeki jangan ditolak. Botol air tadi aku letakkan balik ke tempat asal. Macam mane boleh lupa ni? Nak kate angau, kecik-kecik aku tak de boipren. Aku kan budak baik. Musykil. Botol air tadi aku tenung. Patotlah payah benar nak keluar air tu. Botol air jenis macam tu memang kena ade skill lah kalau nak gune. Kena menuntut ilmu from orang yang lama hisap botol susu. Ahaks. 

Agak-agak kalau botol air tu macam ni, banyak
tak air yang aku dah minum mase tu?





*******

Actually, gambar-gambar botol air tu bukan gambar sebenar. Just nak korang imagine 'mulut' botol air tu. Dah kenapa aku panggil macam tu? 'Kaki' botol air ade? 'Tangan' botol air? Ahaks. 

p/s : Tak ingat lah macam mane aku bole berhenti hisap botol susu sebab aku kecik sangat mase tu. Tanye parents pun diorang tak ingat =.='















4 comments:

  1. singgah sini... haha... betul2 lupa sampai tak sengaja teguk air tu...^^

    HEADER aku LIFE aku (Jangan klik jika anda tidak puasa)

    ReplyDelete
  2. dah besa pun ko buat2 x sengaja kan? :P

    ReplyDelete