Friday

Mid Valley dan novel M.A.I.D

Assalamualaikum...

Semalam aku dan ex classmate pergi jalan-jalan. Oh, tidak ke mana sangat pun, hanya ke Mid Valley. Sampai-sampai je terus cari food court dulu. Tenaga amatlah diperlukan memandangkan malam tu aku tak tido dan breakfast pun tak cukup untuk gain balik energy aku. Jangan terkejut aku cakap kalau aku tidur sepanjang dalam train. Memang nyenyak lah tidur. Cuma terkejut bila terperasan kehadiran lelaki dalam ladies coach. Ingatkan aku yang salah tempat ke ape ke. Maybe dah penuh sangat kot, so diorang pun masuk lah ladies coach tu. Tak pun diorang tak faham ape itu 'Ladies Coach', muke pun ade iras-iras warga asing.

Selesai makan, kitorang start senaman kaki kitorang dari satu level, to another level. Member aku ni kate nak beli beg tapi yang peliknye merayau ke kedai baju. Aku pun layan je, kot-kot terjumpa baju yang cun melecun dan berkenan di hati. Tapi memang susah la. Dah jumpe yang cun, saiz pun ok, colour pulak yang aku tak berkenan. So, at the end aku tak beli pun.

Then, aku teringat aku ade bace blog ini. Memang tak dapat dinafikan aku rase berkobar-kobar untuk membeli novel tersebut. Kalau dulu berkire lah jugak nak beli novel, tapi sekarang tak kesah da. Lagipun kalau kite betul-betul sukakan sesuatu, tak salah rasenye untuk kite berkorban kan? Tapi member aku tu ade member card, so dapat diskaun. Alhamdulillah.


Tenang je bila masuk kat sini.


Membace.


Membace lagi.

Teringat dulu masa zaman sekolah, ramai yang pesan budak-budak jangan baca novel, nanti perasaan terbuai-buai. Seolah-olah membace novel tu memang BIG mistake habis la. Lagi-lagi kena cap minah bunga lah, minah novel bagai lah. Eh hello, at least aku membace. Banyak cakap ilmu tak ada tak guna jugak. Membace tu kan amalan mulia. Tak rasa tercabar ke, kita duduk berbual-bual, then nampak di satu sudut, ada orang membaca dengan khusyuknya. Lagi-lagi yang selalu membace ni orang yang dah berusia dan bangsa bukan Melayu. Sebab tu bangsa bukan Melayu cerdik-cerdik belaka. Entah kenapa, situasi itu membuatkan aku tercabar. Tapi nak compete, kena lah dengan cara yang positif. Tak kisah lah baca novel bahasa Melayu je pun, tapi biasanya ada juga diselitkan a few English words kan? Sikit-sikit, lame-lame jadi bukit lah. Tu salah satu perkara yang kita boleh belajar la from novel.

After beli novel, perut dah mule buat mini konsert minta diisi. Dalam otak aku dah terbayangkan double cheese burger. Ok, jalan-jalan sikit, then terus berlari-lari anak ke McDonald. HAHA. Bohong lah kan, kaki dah sakit sebab dah lama tak pakai sneaker tu, lepas tu ada hati nak lari-lari anak. Just jalan dengan penuh kesopanan ke McD, dah sampai terus cop tempat duduk. Then member punye member yang belikan makanan untuk kami. Aku hanya duduk macam mem besar. HAHA.




Ni lah Wani and cik abang die yang belikan makanan tu. Thanx korang!




Ejat dan aku.

Novel dah beli, perut pun dah diisi. So apa lagi, aku dari KL dah dengar dah katil aku menyeru-nyeru kt PD tu. Aku dan tido memang tak dapat dipisahkan. Cuti lame yang tinggal lagi sebulan ni mengeratkan lagi hubungan kami. Ok fine, ini bukan crap edition ye. Pukul enam petang, kami moved dari MV. Sampai rumah pukul sembilan lebih. Exhausted. Tertido, tak sedar lappy tak shut down. Oh, sangat tak bagus untuk jangka hayat laptop aku. Sorry dear.

p/s : Kenapa aku tak tido malam tu? Biarlah rahsia. HAHA

Monday

Perlis pulak~

Assalamualaikum...

First of all, maaf bebanyak sbb lambat post. Kata orang, tak sampai seru lagi. Macam mane seru nak sampai, dah katil je yang seru name aku memanjang. Pantang tinggal sekejap, tak lame lepas tu katil panggil aku balik. Maklumlah, lame tak jumpe. Ok, habis di situ sahaja edisi merepek untuk post kali ni. *Bohong*


Aku pernah mentioned before ni kan yang aku akan ke Perlis? Yeah. I went there for Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC). Endurance Challenge? Maka, haruslah berkampung dulu kat UiTM Shah Alam dulu sebelum melancarkan serangan kat pihak lawan. HAHA. Ayat macam nak pergi perang je. Semangat tu harus ada. Betul tak??



Walaupun sebelum ni aku berbelah bahagi lah jugak whether nak pergi KMNS or KKEC, but at last, i chose KKEC. Sebab? Nak jalan-jalan pergi Perlis. Kalau pergi matriks, balik kampung nanti pun lalu jugak. HAHA. See? Niat sudah salah di situ. Mule-mule, Kak Dalila yang IM aku one day tu, ajak hitamkan muke join KKEC. Mungkin disebabkan rindu yang membuak-buak untuk kelihatan seksi berpeluh-peluh, berlari ala-ala cerita hindustan, segala jenis lemak tepu dengan tak tepunya sungguh tak malu dah menyinggahkan diri mereka kat peha aku. Tahulah drumstick aku tak seksi macam artis korea tu, tapi still kena jaga sebelum mata aku sakit untuk memandang. 

Aku dan Ayie dah sampai dulu kt kolej sehari lebih awal. Die dari Perak, datang Shah Alam dgn public transport. Aku? Oh, jangan risau, aku ade driver tak bergaji. Ok, terbiadap pulak. Dah memang rezeki aku, kakak aku pun nak masuk new sem, maka aku balik dengan die je. Lepas die registered somewhere around Selayang, die dan cik abang die hantar aku ke Kolej Teratai bunga indah. Latihan mule keesokan hari. Nampak tak betape semangatnye aku? HAHA. Yosh! Semangat itu penting walaupun stamina aku tak berape nak uummphhh.

Dalam KKEC tu ade tiga acara yg dipertandingkan, larian, berbasikal dan kayak. Aku memang awal-awal dah reject kayak dalam hati. Setiap acara tu mesti berpasangan. Paham tak? Mesti ade siswa dan jugak siswi. Dua orang lagi simpanan. Kire total satu team lapan orang lah. Yang simpanan kalau boleh kena lah expert semua acara tu, mane tau last minute, tibe-tibe nak tukar orang ke. Tapi Alhamdulillah, everything's ok aja. Tu untuk student, alumni pun ade jugak. Haa, yang ni kena bangga dan kembang kejap, aku terjadi wakil alumni atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. 

Nak ke aku senaraikan peserta-peserta yg join? Jap, jap. Korang boleh bace kat sini. Nak cerita banyak pun, Ayie dah post awal. Curik idea aku lah tu. Die dah lame tak rasa tapak tangan aku tu. Erk, dia tak penah rase pun. Sebab? Saya gadis comel yang always berbaju kurung ayu dan lembut. Tak mampu nak tampar orang ni. 


Maka, apa motif post aku kali ni? Mungkin kali ni crap edition sebab banyak sangat benda nak cerita. Kasut? You mean running shoes ke? Yeah, that's it. Entah kenapa, kaki aku sakit semacam. Nak kata tak pernah lari, dulu jamboree pun latihan pun boleh tahan hebatnya. Kata senior, kasut aku tak sesuai untuk jogging. Tapi, they are not the first one yang cakap, kekanda kesayangan pun pernah cakap. Aku nak dengar? Memang harapan lah kan. HAHA. So, kali ni I got the 'reward' la. Macam mana rupe kaki aku tu, biarlah rahsia. *Buruk bebeno rupenye~

At least, aku belajar daripada kesilapan kesakitan. So, aku pun merajinkan diri cari info pasal running shoes. Boleh tengok kat sini. Hari tu my sis tanye, "Nak beli ape-ape tak?". Aku dengan confident 100% senyum and geleng. Tapi aku rase aku offer tu masih on till now. HAHA. Gelak-gelak jugak, korang paham tak nape aku gelak nih? Tak paham lah tu. Ketuk kepala kang baru tau. Aku nak mintak kakak aku belikan kasut baru  untuk aku. 

Hari tu masa lari, ade rase nak muntah. Penangan power bar. Hanya sendawa beberapa kali, banyak sangat aku bedal air 100PLUS kot. Memang malu gile dengan partner aku. Tapi malas nak layan dah. Aku awal-awal dah demand from pakar fisio ni aku nak power bar perisa coklat untuk next jamboree. Kedengaran agak kejam tapi aku tak nak susahkan next partner aku. Ok, itu tipu. Memang nasib la siapa yang dapat jadi partner aku nanti. Hanya mereka yang pernah lari dengan aku je yang tau. HAHA. Tadi jumpe ni, khas untuk memotivasikan diri yang selalu pancit mase lari. Kite kongsi sama-sama yer.

Sebelum bertolak balik ke Shah Alam, singgah Padang Besar. Sumpah kalau duit banyak masa tu, memang aku lah manusia yang akan shopping sakan tak ingat dunia. "Ayah, ibu, next destination kalau nak cuti kite pergi Perlis lah, ok?". Diorang tak cakap ape-ape pun. Diam tanda setuju. Maknanya oklah tu. Jalan-jalan di situ, beli baju.



Ni ha model tak bertauliah dah pakai.

Rase tu je kot aku nak merepek kali ni. Sudah lame tak blogwalking. Fatin Liyana pun dah lame x update. Zack pun same. Cara aku cakap macam aku kenal rapat dengan diorang kan? Rapat lah kot, senegeri kan? HAHA.

p/s : ape maksud mimpi kena geget dengan ular? lalalala~







Thursday

salesgirl..

Assalamualaikum..


Sape sini pernah jadi salesgirl?


Aku? Penah la jugak. Mase lepas SPM dulu lah. Masa tu determination nak kumpul duit tengah menggunung-gunung. Tapi kumpul duit nak beli handphone la. Jangan harap lah aku nak simpan duit. HAHA. Memang harapan. Adela dalam tiga bulan lebih, lepas result SPM kuar je, aku quit. Lagi satu, mase tu aku kerja sebab aku saje je nak busykan diri, kalau duk umah je, mesti cuak bile pikir pasal result. Mane tak nye, belajar 'main-main'.

Aku ade soalan lagi, tapi biasanya benda ni jadi kat girls je. Lelaki tak lah kot.

Sape pernah disalah anggap bekerja sbg salesgirl? Ok, aku pernah and memang malu gile la. Bukan nak kate kerja salesgirl tu macam tak bagus ke ape, tapi entah la, kalau sesape yang pernah kena cam aku ni, tau la macam mane rasanya. 

First time aku kena, mase tu aku ikut ibu aku pergi kedai tudung. Konon nak teman, tapi mase tu aku tak bernafsu sangat nak beli tudung ni. Yelah, zaman aku sekolah rendah, mane reti pilih-pilih tudung ni.  Mane yang sedap, rembat je. Warna wajib mestilah hitam. HAHA. So, mase ibu aku tengah pilih-pilih tu, aku berdiri sorang kat tepi rak yang jual anak tudung. Nak ikut ibu aku memilih, pusing ke sane ke sini, beli ke tak, belum tentu lagi. Tibe-tibe ade mak cik tengah belek-belek tudung, "Dik, tudung ni berape ringgit dik?''  Rasa geram, segan and macam-macam ade. Then aku hanya mampu tersenyum kat mak cik tu, and jawab "Tak tahu mak cik, saya tunggu ibu saya kat dalam tu". 

Lepas tu, agak kerap jugak lah aku disalah anggap as salesgirl. Tapi sejak masuk U, mungkin muke pun da nampak mature, ingatkan tak de lah orang salah anggap lagi. Tak jugak, hari tu mase pergi Langkawi kena lagi. Mase tu ibu aku tengah pilih kain batik, aku pun memang  tak reti sangat bab-bab kain batik ni. Semua cantik je kat mate aku. So, mase ibu aku syok-syok pilih tu, aku duk je lah bersandar kat susunan kain batik yang tinggi-tinggi tu. Nak duduk kat kerusi, adik aku awal-awal dah cop dulu. Tak gentleman langsung. Cehh. Tibe-tibe ade kakak (mungkin jugak sebaye or mude dari aku) tengok aku atas bawah dengan muke innocent sambil tangan die pegang-pegang kain batik yang tergantung and  bukak mulut "Dik, ni berape dik?'' 

Kalau mak cik yang tegur aku, mungkin aku boleh senyum and control ayu. Tapi kali ni asap dah berkepul-kepul keluar dari telinga macam cerita kartun kan.Kali ni kakak-kakak, mungkin jugak adik-adik yang baru nak hidup, boleh tak aku jawab "Do I look like a salesgirl?". Oh tidak, terlalu biadap. And again, aku hanya senyum, ''Sorry, saya bukan pekerja kat sini".

Korang penah kena macam ni? HAHA. Aku ade tips untuk elakkan benda ni jadi lagi. 

First, stick to your parents time shopping. Kalau kecik-kecik dulu, memang kena melekat dengan parents, takut hilang kan, tapi bile dah besar pun bole apply lagi. Elakkan duduk sorang-sorang walaupun korang tak ada mood nak shopping.

Second, elakkan pakai pakaian yang simple sangat. Nak lagi mantap, pakai make up tebal-tebal. HAHA. Gurau je, what I mean is kalau nak jalan-jalan, window shopping, pakai lah pakaian yang menampakkan anda memang nak bershopping. For example, pakai la handbag. So that, orang boleh bezakan antara customer dgn salesgirl. Salesgirl tak pakai handbag kan,  tengah bekerja. Ikut keselesaan masing-masing tapi don't be too simple. Peringatan ini juga untuk aku, sebab aku kadang-kadang berlenggang without handbag plus dengan flat shoesnye. HAHA. 

p/s : Korang ade tips lain, share dengan aku jom.


Friday

Cemburu is jealous!

Assalamualaikum..

Itu hari aku sudah lepas ke Langkawi. Walaupun tak dapat berpoya-poya shopping sakan macam yang aku harapkan, tak pelah, bukan rezeki aku. Lagipun sedar lah sikit cik nadhira oi, ekau nak shopping sakan guno duit sendiri tak po lah jugak. Ni tak, dongan muko seposen tadah tangan kat parents ekau mintak ratus2.  Polompang ado la ha. Amboi, manyak cantik adik manis. Hak tuih!
Tak lame lagi, aku akan ke Perlis. Ade aktiviti which mean, i will sweat. HAHA. Sebut pasal peluh, aku tak tau lah kenape, aku sorang je yang rase macam ni or orang lain pun rase perkare yg same. Aku selalu fikir peluh itu membuatkan aku seksi. Oh, rileks la, nak seksi tak semestinye pakai baju tak cukup kain. Tu tak masuk dengan ketatnye lagi.  Nak seksi tak semestinye kene pakai gincu sampai comot2. Konon2 seksi lah tu. Ok, yg bawah umur sile tutup muke macam ni :

 Tutup muke tapi tangan tak rapat. Kantoi~

Ok, intro ends here. HAHA.
(Macam karangan SPM)

******************************

Aku tibe2 je dapat idea nak taip first entry untuk this month bile teringatkan perkataan peluh. Cikgu aku penah cakap, orang yang kuat berpeluh especially kt muke ni kuat cemburu. Apakah? Aku agak terase di situ sebab ramai orang kate aku kuat cemburu. HAHA. Nak aje aku tergelak besar tapi dek rase hormat yg tinggi kat cikgu aku tu, aku cover lah ketawa aku tu. Dahla belajar tak hebat mane, kang buat cikgu tu terase, tak ke naya aku. Kurang berkat. PMR pun tak pass lagi masa tu. Dulu2, ibu aku kate kalau x pass PMR, kawen je terus. Agak2 offer tu masih on lagi tak? Ok, aku memang gatal. Kadang2 je. 

Actually, muke aku memang sangat obvious kalau berpeluh. Teringat dulu mase darjah due, aku masuk satu tarian ni. Tak ingat lah tarian sempena ape, tapi yang aku ingat, aku kena pakai cheong sam mase tu. Kalau dah pakai cheong sam tu, maknanye tarian cina lah kan. Maka, aku dan memember semua di'touch up' tebal2. Konon2 nak kasi cerah ala2 amoi gitu. Tapi part mate memang tak dapat nak alter lah, dah mate aku memang melayu asli gitu. So, bile tibe giliran aku make up, aku rase macam lame gile. Tapi aku senyap je, jakun lah jugak. Kat umah mane bule usik make up ibu aku. Nak kena titik tangan tu, buat lah. So, bile dah kena make up tu. Layan je lah. 

Tibe2..

Cikgu A : Kenape lame sangat make up kan izza ni?

Cikgu B : Entah lah kak, asyik berpeluh je dia ni. Dari tadi saya betulkan.

Aku : *Saya berdebar2 nak naik pentas. Agak2 siti nurhaliza cuak cam ni tak tiap kali die perform? (baris ni auta je sebab muke aku mmg kuat berpeluh)

Aku ni kan memang payah nak percaye orang cakap kan? So i choose untuk tidak percaye yang aku kuat cemburu.


                                                             ******************************************


Kalau korang perasan lah, kat FB kan selalu ade kuiz-kuiz kan. Ape? Ingat habis silibus je ade kuiz. AHAKS. FB pun ade okay. Personaliti mengikut jenis darah, personaliti mengikut minat lah, personaliti mengikut tarikh lahir lah and macam2 lagi. Kadang2 pelik tengok notification banyak sangat. Lagi-lagi kalau notification tag aku dengan gambar yg tak berkenaan dengan aku, memang laju lah tangan aku remove tag tu. HEHE. Bunyi macam anti gile kan? Tapi last2 aku tengok jugak lah. Oh, tag aku kat quiz result ye. Di situ bermulah kegatalan aku nak jawab kuiz tu. Aku tertarik dengan kuiz ni 'Personaliti Mengikut Tarikh Lahir'. Tip tap tip tap. Aku kuat cemburu? Ah, tak nak percaye lagi.  HAHA.


******************************


Jalan-jalan dalam shopping mall je sudah boleh menghilangkan stress. Tak perlu mengeluarkan sesen pun. Lagi-lagi kalau pergi watson, itu tempat wajib singgah ok? Kenapa? Next entry lah. Note that siapa2 yang nak keluar date dengan aku. Ok, itu gurau je. Tapi mate aku tak kan terlepas pandang gadis-gadis sunti yang innocent dipimpin oleh bodyguard tak bertauliah ni. Sinis sungguh bahase aku, maaf. Cume kadang-kadang aku juge cemburu ingin merase dipimpin. Macam mase kecik-kecik dulu kan, siap kena dukung lagi. Tapi tak lah sampai nak kena dukung dek 'cik abang' kt shopping mall. Sungguh tidak ayu sopan ok. 

Eh, aku sudah teradmit aku cemburu? Oklah, tidak pelik kalau aku cemburu, aku ade sembilan perasaan. Bukan aku je, sume perempuan. Jangan salahkan kami kaum hawa kalau kami tak mampu untuk mengawalnya, kami tak minta untuk dilahirkan begini. Oh, itu bukan bermakne kami tak bersyukur. Sila pahamkan ayat tersebut ye. Mungkin benar aku cemburu (akhirnya aku mengaku), tapi untuk melabel aku kuat cemburu, oh tidak salah.  But do not blame me if I can not control it. Please? 

p/s : Aku tak puas shopping coklat sahaja! Bukti? Sila rujuk last entry :P