Monday

Tak susah pun nak buat baik

Assalamualaikum...

Tadi tengah baring-baring dalam bilik, peluk 'bantal busuk', melayan perut yang meragam, tibe-tibe terase kepalaku diusap "Dhira, kejap lagi ibu ngan ayah nak pergi TF Value yg baru bukak tu, nak ikut tak?''. 

"Ha?'' Buat suare manje, mintak ayah ulang balik ayat tu. Konon-konon tak nak bangun la. 

"Cepat siap, nanti kalau ibu dah siap, macam biase, ibu tak nak tunggu orang," Kali ni ayah aku guna kan ayat tu untuk umpan aku. Tu salah satu ayat ayah aku kalau nak suruh kami adik beradik cepat siap. Sebab ape? Macam biase, ibu-ibu kalau sudah mula bersuara, alamatnya sampai ke sudah tak nak berhenti. So, jangan trigger lah kan. Aku pun cepat-cepat bersiap. Gosok selendang, tepek bedak kapur murah and sudah siap. Oh, handbag jangan lupe, tak nak orang salah anggap aku salesgirl lagi. Kuang kuang kuang.

Dalam kereta, aku rasekan kaki ku macam something wrong. Kenape kaki aku ni? Puas aku membetulkan kasut aku dalam gelap tu. Aku gerak-gerakkan jari-jari kakiku. Ah, mungkin kakiku tak selesa dengan skin socks ni kot. After 30 minit, sampai ke destinasi, aku pun semangat turun dari kereta. Dengan cermatnya beg tangan aku sangkutkan di bahu kiriku. Apabila kaki kananku mule menyentuh jalan tar, la.............

"Kasut angah terbalik lah bu..haha.."..

"Kenape boleh terbalik? Boto tak boto ni?'' (Ibu aku kadang-kadang cakap nogori)

Aku hanya mampu tergelak. Masakan boleh terbalik? Pelik. Sangat pelik.

*********

Jalan-jalan mahu ke pintu utama, tibe-tibe..

"Izza, Izza.."..

Serentak aku dan adik aku menoleh..

"Eh, kawan adik la. Hai!" Adik aku melambai je kawan die dari jauh. Aku? Membazir tenage menoleh. Banyak tenage yang nak digunakan untuk berjalan-jalan sambil cuci mate sambil capai barang yang perlu dibeli sambil tengok adik aku yang kecik tu tolak troli sorang-sorang. Memang banyak tau. Ok, aku mengarut. Tu lah yang rumitnya bile ade tiga name yang hampir sama dalam satu rumah. Izza Najiha, Izza Nadhira dan Izza Nabila. Tak pe lah, aku tetap bangge dan sayang dengan name aku.

Mule-mule aku slowdown dulu. Aku bagi chance kat ibu aku nak beli barang-barang dapur. Aku hanya mampu menjadi pemerhati. Oh ya, proses pembelajaran tetap ade ye. Macam mane? Ok, minda perlu sentiase bergerak untuk pastikan ia tak beku. Cuti empat bulan bukan sahaja mampu membuatkan otak anda beku ye, malah lemak-lemak di pipi kian gembira melantun-lantun apabila dipicit-picit bersama jerawat yang sangat subur. Apa aku nak cakap sebenarnya ni? Oh tak ade ape pun, cume ringan-ringan kan mate melihat ikan-ikan yang kesejukan bersama ais. Kenal jenis ikan. Sayur-sayur pun same, yang bergelimpangan meminta-minta untuk dibalut dengan plastik tu, kenalilah mereka yang mana sesuai utk dibeli. I mean, ibu aku ajar, nak beli sayur, pilih yang ade love bite serangga/ulat, tu tandanya sayur tu tak ade racun serangge. Kalau ada pun, tak banyak kot. Am I right mom? 

Then slow-slow aku tolong tengok tolak troli yang dah mula dipenuhi barang-barang dapur tu ke bahagian yang paling aku suke. Asalnya nak ambil ubat gigi je, then aku capai liguid shower gel dan berus gigi. Yang penting tak nak warne pink. Oh, sungguh pantas tanganku bekerja. Bagus. Bagus. Nak mintak segan. Oh, sangat gelimat, korang tertipu. Beli pen, barang-barang perempuan, berus gigi yang biasanya aku akan pakai sebulan je, ais krim rainbow sampai aku 'gaduh' dengan adik aku sebab die nak perisa vanila. 

Jam dah nak pukul 10 malam. Aku tengok pekerja kembali rancak bekerja. Yela, dah semangat nak balik kan. Ade cashier yang dah start kire duit, pekerja yang penuhkan stock kat department die, susun dan letak balik barang kat tempat yang betul. Aku penah ade kat tempat diorang, masakan aku tak tau kerja tu. Tapi aku hanya mampu memandang, yang merase diorang. 

Aku perhati je cashier kat lane yang aku ngah beratur ni. 

"Apsal lame sangat nak pulangkan baki ni?'' Dalam hati aku dah mule berkate-kate. Sabar. Sabar.

"Kak, bagi lah duit lain, duit macam ni tauke saya tak nak lah," cashier A hulur balik duit RM5 yang ade kesan tampalan kat customer tu.

"Ini duit saya dapat dari ini kedai jugak la. Saya beli baju tadi, pekerja sini bagi baki ini duit," jawab pelanggan tu.

"Kak, duit macam ni boleh ke kak?" tanya cashier A kat cashier B. Cashier B tu awal-awal dah geleng. 

Yang aku pelik tu, duit lain kat tangan mak cik tu ade. RM10 ade. RM1 pun banyak. Entah ape masalah 'beliau' sampai orang lain nak kena beratur lame-lame sebab die. At last, mak cik tu beralah, die bagi je RM10 tu. Kan senang awal-awal tadi mase cashier tu mintak dah bagi. Hidup ni jangan menyusah kan orang. Sampai turn ibu aku nak bayar, aku tengok pekerja-pekerja dah mule nak turunkan 'dinding besi' tu. Kot ye pun, sabar la pak cik oi. Customer ade lagi ni.

Muke cashier tu macam dah lepas orang buang air. Yelah, dah last customer, lega lah die. Satu persatu barang die masukkan dalam plastik lepas scan. Borak punye borak dengan akak tu, kasi layan sikit. Mate pun aku tengok macam dah nak tak nak je bukak. Die start kerja dari pukul 10 pagi tadi. Lame tu, 12 jam. Kite nampak je die boleh duduk time customer tak ade. Nampak je kerja tu tak keluar peluh. Air cond ON. Tapi nak layan customer yang always right tu, aduhai, aku tengok adegan tadi tu pun dah menggigit-gigit jantung ni. Tu baru sorang. Satu orang satu karenah. Dari pukul 10 pagi tadi, berapa banyak karenah dah yang die jumpe? Sakit jiwa der. Aku dulu kerja cashier pun makan dalam jugak, dah la darah muda mase tu. Ehem ehem ehem. Sekarang pun darah muda lagi ok.

Tu baru bab customer, tauke yang dok perhati bikin lutut menggigil kot. Nasib baik tak tercabut je. Lagi best kalau kau ade darah gemuruh bile orang perhati kau buat kerja. Ehem3. Macam mak mentua tengok menantu yang die tak suke. Macam nak terkeluar biji mate tu. Nampak segala urat bagai. Salah sikit je, mule lah suare yang keluar pun macam dah tak ingat dunia. Kalau suare ok pun, ayat yang die gunakan pedas je bai. Die ingat aku ni budak tak habis sekolah ape nak tengking-tengking. Malu tak payah cite la. Rase macam nak buat plastic surgery je balik nanti. Hangin aku. Dah aku kenape nak emo bagai ni?? 

Ok, ok. Teremo sebentar bile teringat kenangan aku kerja cashier dulu. Tapi biar lah, dah jadi kenangan kan. Selesai je ibu aku bayar, amek balik duit baki, aku tak lupe ni "Terima kasih kak,". Cakap kuat-kuat sikit bagi mate die terbukak balik. Ok, ok. Gurau je. Just make sure die dengar lah kite thanx kat die, so that die tau yang kite ni menghargai service die. Tak susah pun kan? Bukan kena bayar pun. Kalau rase mulut berat sangat, tak larat nak cakap sebab puase kan, senyum je pun dah ok. 

Seriously, payah nak dengar perkataan 'thanx', terima kasih, 'arigato' sekarang ni. Tak tau lah kalau kat sekolah dulu cikgu tak ajar. Mungkin cikgu ingat parents dah ajar kat rumah. Parents pulak rase anak-anak dah pandai sendiri, tak payah nak bagi tunjuk ajar lebih-lebih. Sekarang kan dah moden. Diorang boleh belajar sendiri. Anak-anak pula dah terbiase dengan perkara yang salah. Masing-masing menuding jari kan. Maka, sedikit sebanyak perbuatan diorang tu tak selari dengan kemajuan negara kita. Bina bangunan tinggi-tinggi, tapi pemikiran cetek secetek-cetek air sungai. Kenape entry aku dah nak jadi macam debat ni? Apa-apa pun, perkara simple yang dipandang remeh, besar kesan die. So why don't we start to thanx others. Kalau bukan kite, siape lagi kan? Peringatan ni untuk diri aku jugak.

p/s : Aku rindu nak berdebat T_T . Serius tak bohong woo.




Thursday

Puase punye cerita

Assalamualaikum..

Memang lame betul tak post new entry. Tak boleh jadi ni. Ke manakah nafsu utk berkarya aku hilang? Err. Macam over pulak bunyi ni. Puase-puase ni kena control nafsu kot. Nafsu makan, nafsu berbelanja lagi-lagi kalau ke bazar, nafsu dot dot dot and yang seangkatan dgnnya lah. Almost a week aku biarkan blog aku sorang-sorang tanpa sebarang coretan. Ah, mesti blog ini terase sebab tuannya begitu ralit menghabiskan masa di atas katil bersama 'bantal busuk'nya. "Hari-hari online, tapi nak update blog malas. Dasar pemalas," mungkin ini yg blog aku katakan pada aku. Ah, banyak songeh, dah aku tak de idea nak update pasal ape, tak kan aku nak letak gambar aku yg perasan comel plus gedik tu. Aku nak update kali ni pun dah ok la, tak payah nak emo sangat lah. Dasar blog emo. Dah kenape intro aku ni macam perli diri sendiri je ni? Memang pun.

Apa nak cerita kali ni?

Tu lah nak cakap ni. Seriously, aku cemburu bile blogwalking ke blog orang lain, semua nak  cerita berkaitan bulan Ramadhan yang mulia. Memori curi-curi bukak puase masa zaman kanak-kanak ribena lah. Menu berbuka puasa yang paling best lah. Puase tak sampai seminggu tapi baju raya yang hantar tempah kat Mak Jemah dua bulan lepas dah siap lah. Siap snap gambar lagi. Bunyi mercun menggamit memori la. Tak perlu aku senaraikan semua, kang berpinar pulak mata korang nak bace. 

Perah punye perah short term memory aku ni, satu idea pun aku tak keluar. Seingat aku, tak pernah rasanya curi-curi buke puasa. Tahu ade yang sentiasa melihat. Budak-budak, baik lagi kan. Mencarut pun tak reti. Main mercun? Pun tidak jugak. Memang aku ade adik lelaki, tapi jarak umur kitorang memang jauh la, enam tahun. So mase aku kecik, die pun masih merengek mintak aku dukung. Tapi tak lame pun, sebab die terlampau semangat. Dan aku pula terlalu comel utk mendukung beliau yang sangat cute. Err.

So, boleh bayangkan nape aku tak dapat nak dukung die lame-lame

Ok, aku tak nak cerita pasal die banyak sangat. Ini blog gua yang punya. Kalau nak buat entry pasal die pun, die pecah rekod mandi lame mengalahkan perempuan.

Semakin lama aku blogwalking malam tadi, tibe-tibe long term memory aku mule berfungsi. Oh, rase seolah-olah nikmat tak terhingga, macam jawab paper Sejarah mase sekolah dulu. Cikgu Tang, i miss you. Err...

*Do not question me nape intro je dah panjang macam ni ok.

*********

Baju t-shirt lengan pendek. Seluar jean. Rambut aku ikat ala-ala ekor kuda. Rambut depan yang terjurai, aku sikat ke tepi. Kalau tak, langgar dinding lah aku. Kali ni tak de gambar sebab dah dulu-dulu pakai filem, dah cuci simpan dalam album. Nak scan, scanner rosak. Gunakanlah imaginasi korang tapi jangan melampau-lampau. Erk. Mase ni umur aku baru sembilan tahun rasenya.

Mase tu aku kat kampung, siap-siap nak pergi somewhere. Tak ingat ke mane. Awal-awal aku da masuk kereta kat tempat duduk belakang, kecik-kecik memang aku semangat bab pergi jalan-jalan ni. Akak aku pun dah ade kat sebelah aku mase tu. Masuk-masuk je dalam kereta, aku ternampak botol air dekat handbreak. "Nape pagi ni lain macam eh? Haus pulak." Cepat je tangan aku capai botol air tu dan mule meneguk air.

Sila perhatikan 'mulut' botol tu tau

"Aih, kenape lah lambat sangat air ni nak sampai ke tekak aku ni, haus nih." Memang lembap air tu flow, puas aku mendongak. Aku 'urut-urut' badan botol tu. Mungkin juga aku dah lupe skill hisap botol susu kot. Lainla kalau orang tu hisap botol susu sampai empat tahun. Ahaks. Sedang aku bermonolog dalam hati, aku rasakan tapak tangan yang tak berape nak comel singgah di belakang badan aku.

"Hoi, puasa lah!" (Ayat seru, tanda bacaan kena betul, ambil mood intonasi sekali)

"Eh, lupe!" (Innocent, kecik-kecik tak reti mencarut)

Berlaku scene pandang-memandang antara aku dan akak aku. Macam pandang cermin, nasib baik aku gelap sikit. Ahaks.

Air liur bersama air kosong tadi aku telan, dah alang-alang kan. Rezeki jangan ditolak. Botol air tadi aku letakkan balik ke tempat asal. Macam mane boleh lupa ni? Nak kate angau, kecik-kecik aku tak de boipren. Aku kan budak baik. Musykil. Botol air tadi aku tenung. Patotlah payah benar nak keluar air tu. Botol air jenis macam tu memang kena ade skill lah kalau nak gune. Kena menuntut ilmu from orang yang lama hisap botol susu. Ahaks. 

Agak-agak kalau botol air tu macam ni, banyak
tak air yang aku dah minum mase tu?





*******

Actually, gambar-gambar botol air tu bukan gambar sebenar. Just nak korang imagine 'mulut' botol air tu. Dah kenapa aku panggil macam tu? 'Kaki' botol air ade? 'Tangan' botol air? Ahaks. 

p/s : Tak ingat lah macam mane aku bole berhenti hisap botol susu sebab aku kecik sangat mase tu. Tanye parents pun diorang tak ingat =.='